Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rozita & Zain Bakal Tunai Umrah Untuk Bayar Nazar

No Comment

KUALA LUMPUR – Pelakon Rozita Che Wan bakal menunaikan ibadah umrah bermula 20 Februari depan bersama suaminya aktor, Zain Saidin kerana doa dimakbulkan Allah.

Rozita, 42, berkata, pemergian mereka suami isteri ke Tanah Suci bagi menunaikan nazar selepas kelahiran anak mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga bulan.

“Sebelum ini saya ada bernazar sekiranya hamil lagi saya akan mengerjakan Umrah bersama suami dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan.

“Insya-Allah kami akan berangkat ke Tanah Suci pada pertengahan Februari sehingga awal Mac depan,” katanya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Idola keluaran syarikat G2 Network Sdn Bhd di Hampshire Place di sini pada Isnin.

Pada majlis berkenaan, Pengasas G2 Network Sdn Bhd iaitu Datuk Dr Ng Kuak Ping dan Datin Kong Siew Mee serta Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut Sally Bador turut hadir memeriahkan acara.

Dalam pada itu, Rozita berkata, dia teruja untuk melakukan ibadah itu bersama Zain kerana itu kali pertama mereka ke Mekah sebagai suami-isteri.

Jelas Rozita, mereka berdua akan menggunakan tempoh dua minggu berada di sana untuk melakukan ibadat dan berharap segalanya akan berjalan dengan lancar.

“Biarpun saya sudah beberapa kali ke sana untuk umrah tetapi ini berbeza kerana kali pertama ditemani suami.

“Anak-anak tidak akan turut serta dan Aaisyah akan dijaga oleh ibu mertua,” katanya.

Sementara itu, Rozita berkata, dia masih belum bersedia untuk kembali berlakon buat masa ini kerana enggan berjauhan dengan anaknya.

Biarpun tawaran diterimanya cukup banyak namun dia terpaksa menolak secara baik dan hanya memberi fokus kepada bidang pengacaraan.

“Bukan tidak mahu tetapi belum bersedia. Insya-Allah jika semuanya sudah stabil dan anak pun dah besar sikit saya akan kembali berlakon,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rozita berkata, dia tertarik untuk menerima tawaran duta produk Idola kerana berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 17 kilogram hanya dalam masa dua bulan.

Jelas Rozita, atas dasar itu juga dia bersetuju dan yakin dengan produk tersebut biarpun ia masih baharu dalam pasaran.

“Selepas bersalin berat badan saya 74 kilogram dan selepas mencuba Idola, berat turun kepada 58 kilogram hanya dalam dua bulan.

“Mereka sudah membuat tawaran itu semasa kandungan saya berusia enam bulan namun saya tidak terus bersetuju kerana ingin mencuba terlebih dahulu,” ujarnya yang mengikat kontrak selama setahun dengan jenama itu. – mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli