Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sewa rumah RM50 Untuk Golongan Belia

No Comment

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperluas perancangan pembinaan ‘council homes’ di setiap kawasan parlimen untuk golongan bujang yang bekerja di sektor perkhidmatan di ibu kota.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata,  cadangan pertama di tapak Pasar Dato Keramat masih dalam peringkat rundingan berikutan keengganan peniaga-peniaga di situ untuk berpindah ke Keramat Mall.

“Kita akan kenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai di setiap parlimen untuk membangunkan perumahan itu yang berhampiran dengan kemudahan LRT dan sebagainya.

“Seperti konsep hostel, mungkin sewanya serendah RM50 sebulan dan kita galakkan mereka tidak mempunyai kereta kerana kita akan sediakan parkir motosikal sahaja,” katanya.

Terdahulu, beliau mengetuai sesi Town Hall yang dihadiri kira-kira 500 orang wakil komuniti di Parlimen Bandar Tun Razak.

Dalam proram itu, pelbagai isu dibangkitkan terutamanya masalah kebersihan di sesuatu kawasan perumahan dan isu-isu lain yang memerlukan perhatian DBKL.

Dalam pada itu katanya, kaedah lantikan kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan longkang di sekitar ibu negara akan diubah tanpa perlu melalui proses tender.

Menurutnya, kontraktor terdiri daripada penduduk di sesuatu kawasan parlimen akan dipilih agar pemantauan kawasan lebih berkesan.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung menjadikan kontraktor berkenaan lebih bertanggungjawab di kawasan seliaan masing-masing.

“Kita akan bagi mereka harga, berapa banyak untuk turap jalan, untuk cuci longkang. Bila ada masalah dan laporan, mereka boleh buat serta-merta.

“Saya akan arahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk laksanakannya (pelantikan kontraktor),” katanya. - Sinar Harian
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli