Tony Fernandes Menangis Ketika Jenazah Staffnya Dikebumikan
PALEMBANG: Majlis pengebumian jenazah peramugari pada hari jumaat malam semalam telah embuatkan ramai pihak menangisi pemergian, Kharunisa Haidar Fauzi, pramugari nahas pesawat AirAsia QZ8501 semalam.
Turut menangis dan menatapi pemergian arwah ini ialah CEO AirAsia Tna Sri Tony Fernandes yang bersama-sama dengan staff AirAsia Indonesia yang lain di majlis pengebumian itu.
Tony menyatakan bahawa sudah menjadi kewajipan beiau untuk menghatar pulang jenazah Khairunisa yang merupakan pekerjanya yang tekorban semasa menjalankan tugas.
"Khairunisa adalah sebahagian dari keluarga besar AirAsia, semoga dengan kehadiran saya bersama sehabat-sahabat kerjanya di hari pengebumian ini dan bersama iringan ribuan doa dari orang lain dapat dengan memberi ketenangan kepada roh jenazah," ujar Tony sambil menangis tersedu-sedu didampingi kedua ibu bapa Khairunisa iaitu Haidar Fauzi dan Rohana.
Selain Tony dan rombongan pekerja AirAsia turut hadir adaah pastinya jiran, kawan-kawannya serta kawan-kawan sekuliah Khairunisa dari Universiti Sriwijaya dan turut disertai Wakil Gabenor Sumatera Selatan, H Ishak Mekki dan Ketua DPRD Palembang.
Khairunisa adalah anak kesayangan kepada Haidar Fauzi dan Rohana. Beliau dilahirkan pada11 Mei 1992 itu merupakan anak bungsu dari 3 adik beradik.
Minat Khairunisa untuk menjadi pramugari bermula sejak berada dibangku sekolah lagi dan berusaha mengejar cita-citanya itu sehingga berjaya menjadi pramugari Pesawat AirAsia.-Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini