Erlanger, Kentucky: Tindakan seorang anggota polis, Darryl Jouett, hampir maut selepas tertembak dirinya sendiri dengan tidak sengaja.
Kejadian tersebut membuatkan pistol itu meletup mengenai bahagaian perut beliau dihadapan isterinya membuatkan beliau rebah dan nyaris maut.
Menerusi rakaman kamera pengawasan, Darryl Jouett dan isteri dapat dilihat masuk ke dalam lif untuk turun ke tempat letak kereta selepas makan malam bersama.
Di dalam video tersebut kelihatan beliau memegang kotak dangan tangannya sebelah lagi mengubah kedudukan pistol untuk dimasukkan kedalam poket jaketnya.
Entah bagaimana tiba-tiba, pistol yang dipengang Darryl meletup menyebabkan peluru terkena perutnya sehingga dia jatuh terduduk.
Isteri Darryl yang kelihatan cemas telah menghubungi 911 sebelum keluar dari lif bagi mendapatkan bantuan.
Selepas menadapat panggilan kecemasan pihak ambulans teur bergegas ke tempat kejadian dan beliau telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Cincinnati untuk mendapatkan rawatan.-Siakapkeli.com.my