Malang tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada seorang pegawai polis dari Jabatan Polis Glasgow apabila telah kehilangan jari telunjuknya kerana tertembak dengan pistol ayng disangka tiada peluru.
Darrell Smith, 58, yang sudah lama bertugas selama 30 tahun sebagai Polis Glasgow sebelum kemalangan tetapi kerana kemalangan di kedai menjual senjata api itu, beliau kini sudah tidak dapat kembali bekerja lagi.
Kerana kejadian itu, beliau telah bertindak menyaman kedai menjual senjata api tersebut kerana kelalaian mereka dalam hal keselamatan pelanggan.
Menerusi rakaman kamera pengawasan, pegawai polis itu dilihat membelek pistol jenis kaliber 380 yang diserahkan oleh salah seorang pekedai di situ tanpa menyedari ia sudah diisi dengan peluru.
Secara tiba-tiba, satu das tembakan terlepas dari muncung pistol tersebut dan terkena jari telunjuk kirinya.
Akibatnya, jari tersebut mengalami kecederaan teruk dan tidak dapat diselamatkan.-Siakapkeli.com.my