Warga Emas Terempuh Bank Lepas Keluar Duit
PETALING JAYA: Seorang warga emas secara tidak sengaja memandu kereta kelisanya masuk ke dalam sebuah cawangan bank CIMB di Uptown Damansara setelah mengeluarkan duit dari mesin ATM tersebut di bank berkenaan.
Warga emas yang berusia 70 tahun itu dikatakan tersilap memasukkan gear kemudian merempuh cermin bank berkenaan sebelum melanggar dinding dan di bank tersebut, memetik laporan dari The Star.
Bagaimanapun, pengerusi kumpulan CIMB Nazir Razak, telah memuat naik satu gambar kejadian tersebut di akaun Instagram dengan kapsyen yang sedikit bergurau: "errr...maaf tapi kami belum menyediakan servis pandu lalu CIMB."
Bank tersebut kini telah ditutup berikutan kerosakan yang dialami dibahagian ATM.
Ketua polis trafik Petaling Jaya, Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pegawai tentera yang telah bersara itu baru sahaja selesai mengeluarkan wang di bank berkenaan pada kira-kira 7:30 petang.
Menurut beliau lagi, lelaki berkenaan tidak sedar dia telah meletakkan keretanya pada gear 'drive' dan menekan picu minyak yang disangkakan brek. Kereta kelisa berkenaan berhenti setelah melanggar dinding dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu.
"Kesemua ATM tidak mengalami sebarang kerosakan", kata DSP Mohamad Roy.
"Pengurusan bank membuat laporan polis dan kami memutuskan untuk hanya mengeluarkan saman terhadap lelaki itu," katanya.
"Ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan.", tambahnya lagi. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini