Mi Note berharga 3299 CNY (~ $ 530) untuk model 64 bit dengan didatangkan spec lebih tinggi berbanding iPhone 6 Plus.
Ini adalah satu perbandingan yang positif Xiaomi didalam majlis pelancarannya, di mana Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Lei Jun telah membuat pelbagai demontrasi dan perbandingan kedua-dua telefon tersebut.
"Peranti baru syarikat kami lebih ringan, lebih nipis dan lebih ringan daripada iPhone 6 Plus, tetapi produk iPhone tersebut mempunyai skrin yang lebih besar," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi juga merujuk kepada kamera obtruding daripada iPhone 6 plus, ia membandingkan struktur kamera belakang iPhone terebut yang tertonjol keluar berbanding Xiaomi yang lebih kemas dan cantik di dalam.
Dalam kategori kamera pula Xiaomi telah menambah penstabilan imej optik ke hadapan dengan keupayaan kamera 13 megapiksel dan Lei Jun dan hadirin di situ menyatakan rasa kagum dengan kualiti gambar yang diambil menggunakan Mi Note pro tersebut.
Mi Note didatangkan dengan skrin berukuran 5.7-inci Sharp/JDI Full HD display, diperkasakan pemproses 2.5 GHz empat teras Snapdragon 801, Adreno 330, 3D curved Gorilla Glass 3, RAM 3 Gigabyte,. Kemampuan optik ialah 13 Megapixel dengan imej penstabilan OIS pada bahagian belakang dan 4 Megapixel pada bahagian hadapan. Kapasiti bateri pula ialah 300 mAh lithium-ion battery, Quick Charge 2.0,
Untuk versi 16 GB harga runcit telefon ini adalah $ 370(RM 1316), manakala model 64GB adalah $ 450 (RM1600). Kedua-dua telefon ini didatangkan dengan dwi sim dimana kedua-dua slot menyokong LTE.
Bagi Mi Note Pro pula ia didatangkan dengan lebih kuat 64-bit, 8-core Snapdragon 810 pemproses, dan 4GB RAM, 64GB memori dengan harga $ 535(RM1900)
Mi Note Pro ini menyokong LTE-CAT akan membolehkan pengguna menacapai jaluran internet sebesar 450Mbps. Mi Note Pro adalah telefon yang paling mahal yang pernah Xiaomi dijual, dan merupakan yang terbaik keluaran Xioami. Spec lain yang tidak dinyatakan adaah sama dengan Mi Note biasa.
Hanya baru tiga tahun telefon pintar pertamanya dijual, dana sebanyak AS$1.1 bilion yang diumumkan firma itu pada Disember lalu, meletakkan Xiaomi kini bernilai AS$45 bilion.
Syarikat berkenaan juga telah meningkat menjadi pengeluar ketiga dunia serta mencabar Apple dan Samsung Electronics Co. Ltd. serta pesaing domestik seperti Huawei Technologies Co. Ltd.
Xiaomi juga telah mengambil langkah untuk mengurangkan perbandingan dengan model Cupertino daripada Apple walaupun ia digelar “Apple China”.
“Model telefon Mi Note ini lebih pendek, nipis dan ringan daripada iPhone,” katanya.-Siakapkeli.com.my