Sebuah filem pendek berjudul, Baju Kotor diterbitkan oleh Pengarah Muda dari Fakulti Filem dan Animasi Uitm, iaitu Amirikhwah Mirzuar dan penerbitannya Noor Lina Mohmad Subri terbitan Criss Cross Group 6.
Filem pendek yang dibintangi oleh Wan Nor Azlin ini mengisahkan tentang bagaimana pelajar dari keluarga yang serba daif telah membantu memulangkan semula beg tangan yang dijumpainya. - Siakapkeli.com.my
Sedikit sebanyak sinopis:
Pada suatu hari, seorang pelajar pulang ke rumah dengan baju sekolah yang sangat kotor.
Tidak sempat untuk menjelaskan mengapa bajunya begitu kotor, ibunya (Wan Nor Azlin) terus memarahi anaknya (abang) kerana baju tersebut akan digunakan oleh adiknya bagi sesi persekolahan petang.
Lalu si adik pun cepat-cepat memakai baju tersebut walaupun sudah kotor dan terus bergegas ke sekolah.
Namun, apabila dia tiba di sekolah, cikgunya pula berang kerana lewat dan mengenakan baju yang sudah kotor ke sekolah.