Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isteri minta cerai suami mahu jaga anak sindrom down

No Comment


Gembiranya Samuel Forest sukar digambarkan sebaik sahaja mendengar tangisan bayi lelakinya ketika beliau sedang menunggu isterinya di luar bilik bersalin di sebuah hospital di Armenia.

Tarikh itu 21 Januari 2015. Dunia Forest berubah sama sekali. Beliau kini seorang bapa.

Namun keterujaan Forest menyambut bayinya tidak seperti bapa-bapa lain.

"Doktor yang menyambut bayi saya keluar daripada bilik itu dengan masih memakai topeng muka, memberitahu anak saya bermasalah" kata Forest.

Forest yang dilahirkan di New Zealand dimaklumkan anak lelakinya, Leo, mengalami sindrom down.

Beliau terkejut dengan apa yang dimaklumkan oleh doktor tersebut tetapi Forest menerima kejutan lebih besar selepas menemui isterinya.

Sebaik sahaja beliau mendukung bayi itu, isterinya meminta Forest membuat pilihan. Memilih dia atau anaknya yang sindrom down.

Jika Forest memilih Leo, dia akan diceraikan.

"Saya merenung bayi saya dan berkata, dia sungguh comel - Leo sempurna dan sudah tentu saya akan menjaganya," kata Forest kepada ABC News.

Kata-kata itu menyebabkan isterinya memfailkan perceraian pada seminggu kemudian.

Forest berkata, dengan sedikit wang dan tanpa sokongan di Armenia, beliau ingin membawa Leo pulang ke New Zealand.

Lantas, bapa itu menggunakan media sosial mewujudkan laman GoFundMe.

Menerusi laman itu beliau berkongsi cerita dan menjelaskan kedudukannya. Forest meminta bantuan sebanyak $70,000 bagi membolehkan beliau membesarkan Leo, kembali ke negara asal dan membuat kerja sambilan.

Dalam tempoh 10 hari, lebih 7,000 orang menyalurkan bantuan dengan jumlah kutipan sebanyak $215,000.

Forest yang terkejut dengan belas ihsan luar biasa yang diterimanya.

Beliau mahu menggunakan sebahagian daripada wang itu bagi memulakan kehidupan barunya di Auckland dan memberi peluang kepada Leo mendapatkan pendidikan berkualiti.

"Kediaman dan sekolah yang selesa menggunakan wang banyak tetapi Leo akan mendapat lebih daripada itu. Terima kasih semua," kata Forest.

Malah, Forest akan menyumbangkan sebahagian wang orang ramai itu kepada tabung dan program bagi bakal-bakal ibu bapa yang menghadapi masalah dan kesukaran sepertinya. - MalaysiaGazette
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli