Jam Tangan Moden Yang Diharamkan Penggunaanya di UK
Menjadi kebiasaan pelajar akan memakai jam tangan masuk ke dewan peperiksaan bagi menyemak baki masa yang tinggal untuk menjawab kertas soalan.
Ia sangat membantu bagi pelajar yang sedia merancang strategi menjawab soalan peperiksaan yang membahagi-bahagikan masa bagi setiap soalan.
Namun, di United Kingdom, pelajar di beberapa buah universiti sudah mula mengharamkan pelajar mereka memakai jam tangan apabila memasuki peperiksaan.
Perkara tersebut kerana beberapa buah universiti risau dengan teknologi jam tangan sekarang iaitu jam tangan pintar yang mana membolehkan pelajar mereka meniru dalam peperiksaan.
University of London adalah salah satu daripadanya yang mana pihak universiti tersebut telah menemui insiden cubaan menipu dalam peperiksaan berkait dengan jam pintar mereka.
Setelah itu pihak universiti merasakan adalah lebih mudah sekiranya penggunaan jam tangan langsung diharamkan bagi pelajar untuk dibawa masuk ke dewan peperiiksaan.
Ini mungkin satu petanda awal yang mana teknologi boleh mengubah cara peperiksaan akan dijalankan kelak. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini