Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Restoran 24 jam di Danau Kota dirosakkan kerana buat mi pedas

One Comment


KUALA LUMPUR 22 Feb. – Seorang pengurus sebuah restoran terkenal di ibu negara kerugian kira-kira RM50,000 selepas sekumpulan remaja merosakkan sebahagian besar peralatan di premis cawangannya di Danau Niaga, Taman Danau Kota, Setapak di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kumpulan remaja yang terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita itu bertindak membaling kerusi dan memecahkan pelbagai peralatan antaranya peti sejuk, mesin juruwang, komputer serta cermin rak makanan di premis itu menggunakan besi.

Pemilik restoran 24 jam itu, Jowhar Ali Mohamed Ishack mendakwa, kejadian bermula apabila kumpulan remaja tersebut tidak berpuas hati setelah pekerjanya meminta mereka supaya membuat pembayaran sebelum beredar dari premis tersebut.

Bagaimanapun, dakwanya, salah seorang daripada remaja terbabit tiba-tiba marah dan memanggil empat rakannya yang sudah berada di kereta masuk semula ke dalam restoran sambil membawa sebatang besi.

“Pekerja saya merayu supaya mereka tidak rosakkan restoran tetapi rayuan itu tidak dihiraukan dan mereka terus memecahkan peralatan di sini.

“Mereka turut mengugut mahu mencederakan pekerja saya jika menghalang perbuatan mereka,” dakwanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Jowhar lagi, kumpulan remaja terbabit bertindak melarikan diri selepas salah seorang pekerjanya menjerit memberitahu telah menghubungi pihak polis.

Katanya, berikutan itu, Jowhar seterusnya membuat laporan di Balai Polis Setapak kira-kira pukul 3.22 petang.

“Ini merupakan kejadian pertama selepas dua tahun restoran cawangan saya beroperasi di sini,” ujarnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurut Asmadi, pihaknya masih memburu kumpulan remaja terbabit.

“Siasatan masih dijalankan dan kita masih meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek,” katanya. - Utusan
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Ntah2 alasan tak nak bayar. Pastu buat dajal kt orang. Kt rumah ak kita ada jadual masak. Kawan sorang chinese ni. Time kt kedai order kari vindaloo gaya macam hebat jer. Dah terang2 kt restoran tu tunjuk kari mana paling pedas yang mana kurang sikit. Time kt rumah komplen ak masak pedas even though housemate lain ok jer dia kata "De, its too spicy la". Ak bagi satu ayat pedas "Too spicy for YOU"

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli