Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

‘Selamat Tinggal Yonex’, BAM Bakal Umum Penaja Baru


Kuala Lumpur: Pemain dan jurulatih yang bernaung di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) boleh mengucapkan selamat tinggal buat barangan sukan jenama Yonex.

Kontrak barangan sukan dari Jepun itu akan berakhir hujung bulan ini dan satu pengumuman rasmi akan dibuat Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff minggu depan.

Selepas lebih 10 tahun bekerjasama dan menjadi penaja utama kepada BAM, jenama sukan baru akan mengambil alih peranan berkenaan.

Menurut Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai kontrak BAM dan Yonex akan berakhir bulan ini namun segala komen lanjut mengenai jenama baru hanya akan dibuat minggu depan.

“Presiden (Tengku Mahaleel) akan maklumkan. Kami tidak boleh dedahkan jenama baru kerana tunggu kontrak tamat dengan Yonex,” katanya ketika dihubungi semalam.

Minggu lalu timbul desas-desus Victor (Taiwan) akan mengambil alih peranan itu seterusnya bakal memberi wajah baru buat badan induk berkenaan. ─ mStar online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli