Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Shafee Hanya Jelaskan Hal Sebenarnya - Ahmad Maslan

No Comment


"Apa yang diceritakan oleh Tan Sri Muhammad Shafee dalam cerama melibatkan kes Anwar Ibrahim adalah untuk menjelaskan hal sebenar," kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, tindakan Muhammad Shafee adalah untuk menjelaskan kes tersebut bukanlah satu konspirasi seperti didakwa.

"Mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) berhak untuk menjemput beliau bagi memberikan ceramah, katanya. "Saya kira itu terpulang kepada NGO untuk jemput beliau, dan beliau pula tidak boleh disekat, sebab pembangkang pun asyik tuduh (kes liwat Anwar) konspirasi.

"Kalau kebetulan (ceramah) dihebahkan di kawasan tertentu dan selepas itu orang UMNO nak datang, tidak ada siapa boleh halang," katanya semasa mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua penerangan bahagian UMNO Kedah hari ini.

Pihak UMNO tidak pernah sama sekali menyuruh Shafee menyampaikan ceramah tersebut dan apa yang dibuat tersebut adalah atas kerelaannya sendiri.

"Malaysia negara bebas, asal tidak sebar fitnah cukuplah, dan saya yakin dia (Muhammad Shafee) tidak sebar fitnah," katanya.

Semalam, Muhammad Shafee mengadakan siri jelajah dinamakan 'Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah' di Permatang Pauh, bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat II terhadap Anwar. Ceramah tersebut dianjurkan oleh sebuah NGO. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli