Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sidang Media Tidak Berjaya Kerana Sirul Gagal Dihubungi

No Comment


Pasti ramai tertunggu-tunggu apa sebenarnya bakal didedahkan oleh Sirul Azhar Umar yang sebelum ini dikatakan akan membuat satu pendedahan besar kepada media berkaitan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun sidang media yang dianjurkan oleh PAS tersebut tidak berjaya kerana dikatakan Sirul tidak berjaya dihubungi dan perkara ini disahkan dalam satu kenyataan media yang diadakan di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut sebentar tadi.

Menurut PAS proses menghubungi Sirul bagi bersiaran sidang telefon secara langsung dari Australia tidak berjaya walaupun dibuat lebih dari 15 kali.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang menguar-uarkan tentang telesidang berkenaan beberapa hari lalu hanya mampu memohon maaf kepada pemberita yang hadir.

Sirul yang masih dalam tahanan Imigresen Australia dan juga dalam buruan Interpol masih dapat  mengakses internet dan membuat panggilan telefon.

Minggu depan, Mahfuz dikatakan akan bertolak ke Australia dengan membawa ibu dan ahli keluarga Sirul serta peguam Mahfuz until menemui pesalah kes pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli