Pesawat AirAsia KL-Jeddah patah balik alami masalah teknikal
KUALA LUMPUR 8 Feb. - Sebuah pesawat AirAsia D7172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah selamat berpatah balik dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) selepas berlepas kira-kira empat jam lepas.
Pesawat yang berlepas pada pukul 12.20 tengah hari itu didapati melakukan beberapa pusingan di ruang udara Selat Melaka selama 4 jam tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam akaun Twitter miliknya berkata: “Saya dimaklumkan #D7172 yang mempunyai masalah teknikal berpusing-pusing di Selat Melaka. Pesawat itu mendarat dengan selamat di klia.”
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun Twitter miliknya pula berkata: “Tiada yang luar biasa pesawat AirAsia D7172 terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas berlepas.”
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini