SEORANG pekerja maut manakala rakannya parah selepas dihempap gulungan besi di Pelabuhan Bagan Dalam, di sini hari ini. - Foto NSTP |
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa dan rakannya sedang melakukan kerja memindahkan gulungan besi terbabit ke dalam kapal.
Sumber berkata, bagaimanapun, gulungan besi itu terjatuh dan menghempap kedua-dua mangsa.
“Seorang daripada mangsa maut di lokasi kejadian manakala rakannya parah dan dikejarkan ke hospital.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya. – BH Online