Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Merayu Bantuan Orang Ramai Mengesan Suaminya yang Menghilangkan

No Comment
NOR LAFIZAH MAT LAZIM bersama anak-anak menunjukkan gambar Mohd. Nazri Rizailani Yaacob (gambar kecil) dan laporan polis di Kampung Amer, Besut, Terengganu, kelmarin.
BESUT 26 Jan. – Seorang wanita merayu bantuan orang ramai mengesan suaminya yang menghilangkan diri dari rumah di Kampung Amer, dekat sini sejak dua bulan lalu.

Menurut Nor Lafizah Mat Lazim, 32, suaminya, Mohd. Nazri Rizailani Yaacob, 36, yang bertugas sebagai pemandu bot Jabatan Pengairan dan Saliran Besut mendakwa mahu ke Pulau Redang, Setiu untuk menenangkan fikiran.

Ibu kepada empat orang anak itu berkata, kira-kira 6.55 petang 13 November lalu, suaminya keluar dengan motosikal.

“Apabila saya tanya nak pergi ke Pulau Redang dengan siapa, dia menjawab dengan kawan lama semasa di sekolah dan akan pulang tiga hari kemudian,” katanya ketika ditemui semalam.

Bagaimanapun jelasnya, Mohd. Nazri tidak pulang pada hari yang ditetapkan dan dia mencuba menelefon namun tidak mendapat sebarang jawapan manakala pihak pejabat JPS turut memaklumkan sejak hari itu, suaminya tidak hadir untuk bertugas.

Sebelum ini jelas Nor Lafizah, suaminya tidak pernah mengadu mempunyai masalah keluarga atau di tempat kerja, sebaliknya Mohd Nazri disenangi oleh rakan-rakan di pejabat dan juga masyarakat setempat.

Nor Lafizah yang bimbangkan keselamatan suaminya, berkata, dia tidak pasti apakah punca sebenar suaminya itu meninggalkan mereka begitu sahaja dan seingatnya sebelum ini tidak berlaku sebarang pergaduhan atau perselisihan faham antara mereka.

Nor Lafizah telah membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada 14 Disember lalu dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat akan membantu mengesan Mohd. Nazri dengan melaporkan ke mana-mana balai polis terdekat atau menghubunginya di talian 0129970642.

Suri rumah itu risau memikirkan nasib anak-anaknya, Ainadirah Huszni, 9,, Muhd. Shahril Ilman, 8, Ain Liyana Damia, 6, dan Air Nur Balqis, 4,n yang sering bertanyakan bapa mereka.

nor lafizah kini tinggal di rumah yang didirikan berhampiran rumah mertuanya di Kampung Amer dan menumpang ihsan kedua mereka untuk menyekolahkan tiga anaknya. ─ Utusan
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli