Apakah Perasaan Anda Setelah Melihat Contengan Seperti Ini Pada Kereta Kesayangan
Menerusi inbox Siakapkeli dikongsikan sekeping gambar yang mana memaparkan sebuah kereta diconteng dengan kata-kata yang sangat sweet oleh anak-anak.
Apa yang tertulis pada kereta tersebut adalah 'Qaisara and Rania Sayang abah' diikuti dengan emotikon berbentuk 'love' dibawahnya.
Setelah kami kongsikan kepada umum di page kami maka bertimbunglah komen-komen yang menjelaskan perasaan di bapa sekiranya perkara tersebut terjadi kepada mereka.
Sudah tentu ada rasa geram, apa tidaknya pintu kereta kesayangan diconteng. Namun bagi SK, kata-kata pada contengan itu mampu membuatkan di bapa menangis bukan kerana marah tetapi terharu.
Bagaimanapun diharap dapat menasihati dengan baik kepada anak-anak agar perkara ini tidak diulangi dan agar mereka lebih faham.
Tetapi tidak salah sekiranya contengan ini tidak dipadam dan dibiarkan sahaja biarpun menjadi tatapan umum kerana ia mengukir kata-kata yang mengharukan sesiapa sahaja yang membacanya.
Setelah pihak kami viralkan gambar ini datanglah pemilik sebenar kenderaan menyatakan kejadian ini adalah setahun yang lepas. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini