Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu sanggup jual anak untuk bercuti bersama teman lelaki

No Comment

Gambar hiasan

Colombo: Seorang ibu sanggup menjual anak lelakinya berusia lima tahun dengan harga Rs30,000 (RM834) semata-mata mahu mendapatkan wang untuk bercuti bersama teman lelakinya.

Akhbar tempatan melaporkan, pasangan itu mahu menggunakan wang diperoleh untuk bercuti di luar negara.

Polis menahan wanita itu dan teman lelakinya selain ejen yang membantu mereka menjual anak terbabit kepada seorang anggota polis yang menyamar sebagai pembeli.

Kisah itu terbongkar selepas pasangan kekasih itu tiba di Colombo dan tinggal di sebuah hotel untuk mencari bakal pembeli.

Polis mengetahui rancangan mereka daripada seorang awam.

Kanak-kanak itu sudah diserahkan ke Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Prajapathi manakala pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah. - Agensi

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli