IKEA Buka Cawangan Baru Terbesar Di Malaysia Akhir Tahun Ini
KUALA LUMPUR : IKEA Malaysia yang dikendalaikan oleh Ikano Pte Ltd dijangka akan membuka cawangan keduanya di Cheras, menjelang akhir tahun ini yang juga terbesar di Malaysia setakat ini.
Langkah itu adalah sebahagian daripada pelan pembesaran syarikat kelengkapan rumah berpangkalan di Sweden itu, di sekitar Asia Tenggara.
Cawangan baru yang terletak di Jalan Cochrane itu adalah yang terbesar di negara ini dengan saiz keseluruhannya 20 peratus lebih besar daripada IKEA Damansara, kata IKEA Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
“Usaha pembangunannya sedang berjalan dan kami turut menumpukan aspek perkakasan dalaman serta kekuatan operasi premis berkenaan. Maklumat lanjut akan diumumkan pada bulan-bulan mendatang,” kata Pengarah Peruncitannya, Mike King. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini