Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isytihar Harta Boleh Gugat Keselamatan Perdana Menteri - Datuk Seri Idris Haron

No Comment


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron hari ini mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Pandan yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli yang mengisytihar harta tetapi mencabar Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak berbuat demikian.

Menurut Idris, Perdana Menteri tidak boleh mengisytihar harta kerana ia akan melibatkan banyak isu keselamatan kepada Perdana Menteri sendiri kerana kalau Najib isytihar harta ia bukan untuk tujuan awam.

"Siapa Rafizi? Kalau Rafizi mengisytihar harta, siapa tahu yang dia simpan hartanya di bawah nama orang lain?

“Anwar Ibrahim juga pernah berbuat perkara yang sama. Kalau ikut daripada harta yang diisytihar Anwar, dia tidak boleh bergerak ke seluruh negara namun kalau kita lihat, Anwar ke merata tempat." katanya dipetik Astro Awani.

BACA: Rafizi Ramli Tampil Isytihar Harta Dan Cabar PM Isytihar Harta Sepertinya

Pengisytiharan harta memang penting untuk menunjukkan kejujuran kita tetapi bukan untuk bermegah-megah atau sombong-sombong dan beliau berkata Rafizi sebenarnya ada harta yang tak diisytihar, yang diletakkan di bawah nama orang lain.

“Contoh macam saya, saya isytihar harta saya kepada perdana menteri. Kalau saya isytihar kepada orang awam, ia akan menjadi satu isu keselamatan. Orang awam akan tahu dan sebagainya. 

“Orang yang mengisytihar harta kepada orang awam ini, adalah orang yang yakin bahawa dia adalah bukan subjek kepada keselamatan dan sebagainya.

“Bukan keselamatan anda sahaja terancam namun anak-anak, isteri dan keluarga keluarga." tegasnya.

Ketua Menteri Melaka itu berkata tidak manjadi masalah baginya untuk melakukan pengiystiharan harta tersebut tetapi ia bukanlah satu keperluan.

Rafizi semalam tampil mendedahkan aset keseluruhan miliknya berjumlah RM1.6 juta termasuk hutang, pendapatan dan perbelanjaan sebelum dan selepas menjadi wakil rakyat.

Selepas bertindak mengisytiharkan harta sepertimana didesak pemimpin Umno, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli kini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan perkara sama. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli