Menurut sumber portal Oh! Media iaitu page yang menyiarkan rakaman video tersebut, pihak wanita berkenaan telah tampil membuat penjelasan lengkap termasuk report polis.
Kisah Sebenar disebalik Amukan Wanita
Terbaru, Gabungan video dari kedua2 belah pihak susulan Amukan wanita.Memetik laporan Oh Media! Dikatakan pemandu Teksi tersebut telah mencederakan salah seorang dari kumpulan mereka dan perbalahan lebih besar pula tercetus.
Posted by Siakap Keli on Monday, March 30, 2015
Menurut mereka, tindakan pemandu teksi tersebut yang telah memukul salah seorang daripada mereka menyebabkan kekecohan besar tersebut terjadi.
Mungkin kerana cara percakapan gadis-gadis tersebut 'boleh tahan', pemandu teksi tersebut mungkin menjadi geram sehingga menggunakan kekerasan terhadap gadis tersebut.
Selepas kejadian, mereka telah ke balai polis untuk menyelesaikan kes ini, bapa gadis tersebut telah sampai dan sebaik mengetahui anaknya dipukul, bapa gadis tersebut telah bertindak nekad memukul pemandu teksi berkenaan.
Kerana tumbukan itu, pemandu teksi berkenaan mengalami pendarahan di muka. Sepatutnya kejadian ini diselesaikan cara berhemah, tapi bapa manakan sanggup tengok anaknya dipukul.
Apapun harapan kami, kejadian ini boleh diselesaikan cara elok dan harap tidak berlaku lagi sebegini kerana sudah banyak kejadian pukul melibatkan pemandu kenderaan. Kes terbaru adalah kejadian seorang wanita dikatakan memukul seorang warga Perancis selepas dikatakan dia dituduh sebagai pengganas. - Siakapkeli.com.my
Video dari kemera milik gadis-gadis tersebut