Lelaki yang dipercayai berada dalam tahanan polis itu telah diambil oleh orang ramai apabila mereka menyerbu penjara di Dimapur dengan membakar dan memecahkan pintu penjara tersebut lalu menangkap, membogel dan menyeretnya sejauh empat kilometer.
Sambil diseret lelaki yang berumur 35 tahun tersebut dibelasah oleh orang sambil bersorak.
Dalam masa itu ada juga yang membaling batu dan keadaan lelaki itu tidak ubah seperti memukul seekor haiwan sehingga tidak bernyawa lagi.
Penduduk disitu menyimpan dendam selepas lelaki itu didakwa telah merogol berulang-ulang kali seorang pelajar di sebuah kolej bulan dengan kejam sebelum itu sebelum berjaya diberkas pihak polis.
Selain itu mereka turut membakar rumah dan kedai suspek yang menyebabkan bandar itu kini berada dalam keadaan tegang.
Pihak polis yang cuba meleraikan keadaan ini menggunakan baton dan melepaskan tembakan menyebabkan beberapa orang cedera. - Siakapkeli.com.my