Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Islam Dijel Kerana Janggut

No Comment


Kashgar, China – Seorang lelaki Islam etnik Uighur di sini dihukum penjara selama enam tahun kerana didakwa ‘membuat provokasi’ dengan menyimpan janggut.

Lelaki berusia 38 tahun itu didakwa di sebuah mahkamah di Kashgar di wilayah Xinjiang selepas pihak berkuasa beberapa kali memberi amaran kepadanya supaya mencukur janggut.

Mahkamah yang sama turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap isteri lelaki itu kerana memakai purdah yang menutup wajahnya.

Pihak berkuasa China mengharamkan lelaki menyimpan janggut kerana berpendapat ia mempunyai kaitan dengan pengganas.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh etnik Uighur yang majoritinya beragama Islam. – Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli