Olmert didapati bersalah tuduhan rasuah
BAITULMAQDIS: Sebuah mahkamah di sini mendapati bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, bersalah atas tuduhan rasuah yang mana beliau didakwa menerima beberapa sampul surat berisi wang tunai daripada seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat, menurut media Israel.
Olmert yang turut menghadapi hukuman penjara enam tahun dalam kes rasuah berasingan yang kini pada peringkat rayuan di Mahkamah Agung, akan dijatuhi hukuman pada 5 Mei depan. - AFP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini