Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelawak Os Maafkan Penyebar Fitnah Berita Kematiannya

No Comment


Bermain di laman sosial semalam khabar angin kononnya pelakon dan pelawak veteran terkenal Mr Os s atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 54, telah meninggal dunia.

Kerana penyairan berita itu, Mr Os telah tampil memberi kenyataan dengan mengatakan dia sudah memaafkan pihak yang menyebarkan cerita palsu tersebut dan menasihatkan kepada semua pengguna laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita tidak sahih di laman-laman sosial.

"Perkara yang sudah lepas jangan dikenang cuma jadikan ia sebagai iktibar bila ingin berkongsi sesuatu berita di laman sosial dan pastikan terlebih dahulu kesahihannya.

"Saya sudah maafkan pihak tersebut. Anda juga maafkanlah dia, kasihan kepadanya," katanya.

Keratan khabar angin Mr Os meninggal

Untuk menjawab desas desus itu Mr. Os telah memuatnaik sebuah video di laman Instagram miliknya bagi membuktikan dia masih hidup dan berterima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatannya.


Beliau sebelum ini dilaporkan oleh pihak media telah dimasukkan ke Hospital Selayang selama lapan hari sejak 14 Mac lalu kerana menjalani pembedahan penyakit tonsil.

Bagaimanapun kata pelawak terkenal tahun 80-an itu, keadaannya beransur pulih selepas dirawat dan kini masih lagi berehat daripada melakukan sebarang aktiviti luar sebelum kembali bekerja.

Pendedahan tersebut menamatkan segala spekulasi yang tersebar di laman sosial kononnya dia sudah meninggal dunia. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli