GURUN: Seorang rakyat Malaysia yang terlibat dengan Militan (IS) yang heboh diperkatakan selepas muncul didalam clip video memenggal kepala seorang warga Syria baru-baru ini, Mohd Farisa Anuar, masih belum pernah mengambil slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak mendudukinya pada tahun 2012.
Perkara ini disahkan oleh, Puan Che Noorliati Said, pengetua Kolej Vokasional Sungai Petani 1 tempat Mohd Faris belajar sebelum ini.
Faris anak ketiga dari enam adik beradik telah menamatkan pelajaran di tingkatan lima di sekolah ini dan beliau tidak mahu mengulas panjang mengenai Faris kerana mengatakan dia bukan pelajar cemerlang sekolah tersebut.
"Jika dia masih lagi pelajar di sini, mungkin kami boleh meneliti perkara ini. Tetapi memandangkan dia telah meninggalkan sekolah dan sudah diberikan sijil berhenti sekolah, dia bukan lagi dibawah tanggungjawab kami," katanya. - Siakapkeli.com.my