Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wajib Bogel Untuk Masuk Ke Pameran Seni Ini

No Comment


CANBERRA — Lazimnya ketika menghadiri sesebuah pameran karya seni, pengunjung perlu berpakaian kemas namun, untuk pertama kalinya, Galeri Nasional Australia di sini mewajibkan pengunjung untuk menanggalkan pakaian mereka.

Arahan itu demi memastikan setiap pengunjung dapat menikmati dan menghayati karya seni artis populer, James Turrell dari Amerika Syarikat, A Retrospective, yang mengeksplorasi kecintaan beliau terhadap konsep cahaya dan lanskap.

Tanpa pakaian, pameran unik yang bermula 1 April depan bakal dapat menghilangkan batas sempadan antara karya sang artis dengan pengunjung dan setakat ini seramai 150 orang sudah menyatakan persetujuan berbogel apabila datang kelak.


Galeri kebangsaan itu turut mendapat kerjasama artis kontemporari dari Melbourne, Stuart Ringholt untuk menyelenggarakan acara pameran yang berkonsepkan telanjang agar dapat meningkatkan persepsi pengunjung mengenai karya seni Turrell.

“Karya beliau banyak fokus pada cahaya, persepsi, matahari, bulan, dan hal-hal bernada syurgawi, dia memiliki gagasan bahawa kulit akan sangat pesona jika bermandikan cahaya dalam bentuk vitamin D sehingga tampak anggun sekali,” ujar Ringholt.

“Bagaimana mungkin kulit mampu bermandikan cahaya yang diperlukan dalam karya Turrell jika kita memakai pakaian, justeru kami menganggap akan lebih baik jika pengunjung sendiri sanggup menanggalkan pakaian mereka,” tambah beliau.


Dalam lawatan terakhir Turrell ke Canberra, dia menyarankan pihak Galeri Nasional Australia untuk membolehkan pengunjung berekspresi dengan karya seni ciptaannya sambil bertelanjang diri tanpa menggunakan pakaian sama sekali.

Ini pernah dilakukannya semasa pameran karya seninya di Jepun, namun atas sebab keselamatan dan menjaga maruah, galeri di Canberra itu akan ditutup untuk umum, kecuali mereka yang sudah membeli tiket untuk menyaksikan pameran itu.

“A Retrospective hanya akan dibuka bagi kalangan pembogel dan orang yang datang kena siap menanggalkan pakaian sebelum masuk, manakala pihak media diberi pengecualian jika enggan bertelanjang bagi membuat liputan,” jelas Ringholt. – Agensi
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli