Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hillary umum jadi calon minggu ini

No Comment


Washington: Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton dijangka mengumumkan kempen untuk menjadi calon Parti Demokrat bagi pilihan raya presiden 2016 minggu ini.

Biarpun tidak berdepan dengan persaingan sengit, dia tetap perlu mengatur strategi bagi menghadapi kempen pilihan raya berkenaan.

Menurut pelbagai sumber terdekat dengan Hillary, mereka menjangka pengumuman itu akan dibuat dalam masa beberapa hari lagi tetapi enggan mengesahkan laporan akhbar New York Daily yang mengatakan pengumuman itu akan dilakukan esok.

Hillary dikatakan akan mengumumkannya di media sosial dan diikuti dengan lawatan kempen.
Tujuan menggunakan komunikasi digital adalah cubaan untuk berhubung dengan pengundi muda.

Hillary memerlukan sokongan mereka dalam usahanya memenangi pilihan raya itu tahun depan, sekali gus menjadi presiden wanita pertama Amerika Syarikat.

Ketika berkempen untuk menjadi calon Demokrat bagi pilihan raya 2008, isteri bekas Presiden Bill Clinton itu tewas kepada Presiden Barack Obama yang bijak menarik perhatian pengundi dengan menggunakan media sosial. - Agensi

Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli