KENDERAAN tentera Mesir bersiap sedia berkawal di sepanjang sempadan bandar Rafah. - Foto AFP |
Pegawai keselamatan menyatakan mereka tidak dapat memastikan sama ada kejadian berpunca daripada peluru berpandu yang ditembak oleh helikopter tentera Mesir yang mensasarkan militan, atau meriam pemberontak yang tersalah sasar.
Pegawai perubatan berkata, tiga kanak-kanak, tiga wanita dan empat lelaki di dalam rumah yang terletak di selatan pekan sempadan Rafah terbunuh dalam bedilan itu.
Mangsa masih belum dikenal pasti.
Pihak tentera sedang memerangi dengan militan di semenanjung berkenaan yang kini sudah mengakibatkan sebilangan askar dan polis terbunuh, sejak penggulingan Presiden Mohamed Morsi tahun lalu. – AFP