Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

4 Maut Kebocoran Bahan Kimia Di Houston

No Comment
KEBOCORAN bahan kimia di kilang DuPont di La Porte, Texas hari ini. Empat pekerja terbunuh selepas bahan kimia itu, methyl mercaptan yang mula bocor pada kira-kira jam 4 pagi. - Foto AP
LA PORTE, Texas – Pegawai DuPont berkata, empat pekerja terbunuh berikutan kebocoran bahan kimia berbahaya di kilang perindustrian di pinggir Houston.

Bahan kimia itu, methyl mercaptan, mula bocor pada kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan di kilang DuPont di La Porte, kawasan perindustrian yang terletak kira-kira 35 kilometer ke timur Houston.

Menurut pegawai kilang berkenaan, kebocoran dikawal pada jam 6 pagi.

Pengurus kilang, Randall Clements, dalam satu kenyataan, berkata beberapa pekerja sedang berusaha mengatasi kebocoran itu apabila mereka terdedah kepada bahan kimia berkenaan.

Bahan kimia berbahaya itu digunakan bagi membuat racun serangga.

Pekerja kelima dimasukkan ke hospital dan keadaan beliau tidak diketahui.

Penyelia keselamatan La Porte, Jeff Suggs, berkata pelepasan bahan kimia itu tidak membahayakan penduduk sekitar tetapi menyebabkan bau seperti telur busuk. – AP
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

    Loading...
    ©2014 Siakapkeli