Remaja Lemas Terjatuh Ke Dalam Telaga Di Setiu
SETIU – Sebuah telaga yang terletak di sawah padi kini meragut nyawa seorang remaja perempuan di Kampung Jelapang, Bandar Permaisuri di sini semalam.
Norsyakirah Izati Nazliza, 13, yang mengikut datuknya Mat Daud Dollah, 73 pada kira-kira jam 4 petang, menahan pukat di sawah yang terletak kira-kira 25 meter dari belakang rumah datuknya.
Menurut Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamed, arwah yang merupakan anak sulung daripada lima beradik itu itu dikatakan terjatuh ke dalam telaga yang terletak di dalam sawah itu yang sedang ditenggelami air ketika datuknya sedang memukat.
Telaga itu agak dalam dan tidak dapat dilihat kerana sawah dipenuhi air, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Operasi mencari mangsa dijalankan bersama bantuan penduduk kampung. Mayat remaja tersebut telah dihantar ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini