Sumber foto Syed Azmi |
Walaupun dia diberi tekanan oleh masyarakat namun tidak menyekat aktivis ini dari meneruskan aktiviti-aktiviti amalnya. Terikini dia memuat naik satu status menerusi akaun Facebook miliknya berkenaan program pasar percuma bagi hasil mentah seperti sayur-sayuran.
Program tersebut akan diadakan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya bermula pada pukul 10 pagi sehingga pukul 1 tengah hari. Dalam program ini, Syed Azmi akan menyediakan sayur-sayuran kepada mereka yang kurang bernasib baik dan juga mereka yang memhadapi masalah keewangan secara percuma.
Pihak penganjur juga menyeru kepada orang ramai untuk menderma barangan terpakai yang mana masih dalam keadaan baik dan sudah tidak digunakan seperti barangan elktrik dan perabot.
Lagi menurutnya, sesiapa yang berminat untuk menyertai program ini bolehlah menghubunginya sendiri melalui akaun Facebook tersebut. Selain itu boleh juga terus ke perkarangan masjid tersebut pada pukul 9,30 pagi. ─ Siakapkeli.com.my