Pelajar Di Sabah Disiasat Dakwa Google Beli Aplikasi Rekaannya
KOTA KINABALU: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun nampaknya perlu menarik balik gurauan terhadap guru-gurunya yang 'tertipu' bahawa dia telah memenangi anugerah daripada syarikat gergasi internet, Google.
Yusrim Karim memberitahu guru-gurunya di SMK Merpati di Sandakan mengenai pencapaiannya itu, di mana Google telah menafikan dakwaan tersebut.
Tetapi gurauan itu tidak akan diterima baik oleh para pendidik apabila Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip telah mengarahkan siasatan.
"Saya telah meminta Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan memberikan laporan tentang perkara ini," katanya pada Khamis.
Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia Zeffri Yusoff berkata dakwaan remaja itu mengenai anugerah tersebut adalah palsu.
"Cukup malang apabila ia adalah satu salah faham," katanya.
Pada Rabu, pelajar Tingkatan Tiga SMK Merpati memberitahu sekolahnya bahawa dia telah menerima wang tunai AS$50,000 (RM184,910) daripada Google Idea yang mendakwa aplikasi terjemahan ciptaaannya sebagai menakjubkan.
Yusrim mendakwa telah menerima anugerah itu pada Disember lepas dan hanya memberitahu kepada guru-guru baru-baru ini. - mStar Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini