Anak Terbakar Selepas Guna Diesel Sapu Luka Melecur
Guangdong – Seorang budak perempuan berusia 13 tahun mengalami kecederaan yang lebih parah apabila dia menyapu luka akibat melecur dengan diesel. Menurut bapanya, Cui Shen, 43 tidak menyangka petua yang diberitahu oleh jirannya itu akan menyebabkan anaknya itu mengalami kecederaan yang lebih serius.
Perkara tersebut berlaku disebabkan api di bahagian dapur telah menyambar minyak diesel yang disapu oleh bapanya di bahagian kakinya hingga menyebabkan badannya terbakar. Cui Tung, yang kini telah terbakar di seluruh badan hinggakan 60 peratus badannya melecur.
Pada asalnya kejadian itu berlaku selepas kaki Cui Tung melecur apabila terkena air panas yang tumpah.
Disebabkan tidak mempunyai ubat di rumah mereka kemudiannya diberitahu oleh jirannya bahawa minyak diesel boleh menyejukkan dan menyembuhkan kaki Cui Tung yang melecur itu.
Tanpa berfikir panjang, dia menggunakan minyak diesel untuk disapu pada kaki anaknya yang api di dapur rumahnya telah menyambar bahan bakar itu sekali gus membakar badan Cui Tung.
Ibunya turut cedera ketika cuba memadam kebakaran pada badan Cui Tung.
Menurut doktor, Cui Tung kini dalam proses pemulihan namun dia perlu menjalani pembedahan plastic di bahagian kulit badannya.
Malah Cui Tung yang sebelum ini disangka oleh doktor tidak akan hidup akan kebakaran itu, dijangka hanya dapat berjalan semula dalam masa lima bulan.
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini