Bangkai kapal Flor De La Mar yang merupakan harta karun yang termahal di dunia beharga RM6.6billion bakal diapungkan hasil kerjasama 3 buah negara iaitu Malaysia, indonesia dan Portugal di laut Acheh.
Kapal tersebut sebelum ini menjadi pertikaian hak milik kerana Indonesia mendakwa kepunyaan mereka kerana berada di dalam kawasan kedaulatan mereka. Malaysia pula mendakwa hak milik Malaysia kerana harta tersebut kepunyaan kesultanan melayu Melaka manakala portugal mendawa harta tersebut milik mereka kerana barada dalam kapal milik mereka.
Replika Kapal Flor De La Mar yang dijadikan Muzium Samudera
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Dr Rahim Thamby Chik berkata, kapal tersebut membawa harta yang di rampas oleh pihak Portugis dari kerajaan Melaka selepas Portugis menjajah Melaka pada tahun 1511. Dalam kapal tersebut terdapat 22 peti emas dan perak selain 2 patung monyet yang di selaputi batu permata.
menurut beliau, perkara ini telah diusulkan kepad Perdana Menteri , Dato Sri najib Tun razak, untuk mengapungkan harta tersebut. Kita memerlukan kerjasama Portugal kerana hanya mereka yang tahu kedudukan sebenar kapal Flor De La Mar tersebut.
Berdasarkan gambar satelit terdaapt lebih dari 30 buah kapal karam berhapiran kapal tersebut dan dana yang besar perlu digunakan untuk mengapungkan semula kapal tersebut dengan anggaran RM99juta diperlukan.- Siakapkeli.com.my