Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita, Antara 23 Kontraktor Ditahan SPRM Terengganu

No Comment

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita adalah antara 23 kontraktor kelas F yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, hari ini.

Mereka ditahan selepas menyerah diri di Pusat Operasi SPRM di Dungun kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Pengarah SPRM Terengganu, Zainal Adam, berkata mereka ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu terhadap projek baik pulih rumah nelayan di sekitar kawasan Dungun dan Paka.

Beliau berkata, semua individu yang ditahan adalah kontraktor yang dilantik di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) bagi Parlimen Dungun dan Paka pada 2012.

“Semua kontraktor berumur antara 30 hingga 50 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di tengah hari tadi selepas menerima notis untuk menghadiri pemeriksaan.

“Sebelum ini, sepasukan pegawai dan anggota kita sudah melakukan siasatan dan risikan selepas mengesyaki mereka terbabit dalam mengemukan tuntutan palsu terhadap projek berkenaan dan menyerahkan notis hadir pemeriksaan bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu,” katanya. – BH Online
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli