Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Bos KFC Nafi Dakwaan Tawar RM100j Bagi Pihak Anwar

No Comment

Bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif KFC, Datuk Ishak Ismail menafikan dakwaan Menteri Luar Negeri, Anifah, berkenaan isu menawarkan RM100 juta untuk menumbangkan kerajaan BN.

Baca : Rakan Anwar Tawar RM100 Juta Untuk Tumbangkan Kerajaan BN - Anifah

Selain menafikan dakwaan itu, Ishak juga telah mendakwa perkara sebaliknya yang berlaku iaitu dia didekati 'orang tengah' Anifah beberapa bulan lalu untuk memujuk Anwar menarik balik saman fitnah terhadap Anifah.

Bila saya menjawab saya tidak berhubung dengan Anwar dan tidak boleh lakukannya, pengantara itu berkata nama saya akan diheret sama dalam prosiding (kes itu),” katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.

Pada 27 November lalu, Anifah telah memberitahu mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dia telah ditawarkan RM100 juta dan juga jawatan timbalan Perdana Menteri oleh Ishak untuk bersekongkol menumbangkan kerajaan BN. Menurutnya lagi, tawaran itu juga bagi membawa 10 anggota parlimen sabah menyertai PR seterusnya menumbangkan kerajaan BN. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli