Magnum Cafe Kini Dibuka Di Kuala Lumpur
Siapa tidak kenal Magnum Ais Krim keluaran Walls ini yang sentiasa bermain di ikan kaca televisyen di rumah. Ais krim yang disaluti coklat mewah Belgium pasti membuatkan anda kecur air liur.
Semalam pihak Walls telah membuka cawangan Magnum Ice Cream Cafe di pusat membeli belah Mid valley Bangsar. Pembukaan Magnum Cafe ini mendapat sambutan yang hangat daripada peminat ais krim tersebut dan pengunjung di kompleks membeli belah tersebut.
Magnum Cafe ini di buka pada 2 tingkat di mana ia dibahagikan kepada 2 bahagian. Tingkat bawah adalah untuk pelanggan yang ingin membeli dan di bawa pulang kerumah dan tingkat atas adalah untuk mereka yng ingin menikmati keenakan ais krim tersebut disitu.
Di cafe ini anda boleh mereka sendiri ais krim kesukaan anda dengan di hiasi garam laut, chili flakes, mangga kering, kepingan ubi kentang, marshmallows, chopped pistachios dan kepingan biskut Oreo pilihan anda sendiri.
Amat mengujakan bagi sesiapa sahaja yang meminati ais krim.- Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini