Banjir: 47 Orang Dipindahkan Di K.Terengganu Sehingga Pagi Ini
KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 47 orang semenjak petang semalam.
Menerusi kenyataan banjir dari etindakan.terengganu.gov.my hari ini, setakat ini sudah 15 keluarga yang menjadi mangsa banjir. Mereka telah dipindahkan setelah kawasan kediaman di Chendering di sini dan Gong Badak di Kuala Nerus dinaiki air petang semalam.
Menurut laporan Bernama. seramai 38 orang telah ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Cendering manakala lagi 9 orang ditempatkan di Dewan Sivik Gong Badak. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini