SELAYANG: Khidmat bomba kali ini terpaksa di gunakan untuk membantu pihak Hospital Selayang memindahkan seorang persakit dari tingkat sembilan hospital tersebut.
Dalam lingkungan pukul 6 petang semalam pihak hospital terpaksa menghubungi bomba kerana mengjadapi masaalah memindahkan persakit.
Difahamkan pesakit berusia lingkungan 40-an itu yang menghidap penyakit bengkak kaki can cuba dipindahkan dari Hospital Selayang ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan susulan.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, operasi khas itu diketuai Komander Operasi Mohd Mazwi Mohamed Noor bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang.
"lelaki yang mengalami masalah kesihatan tersebut dibantu anggota bomba untuk turun dari tingkat atas wad hospital menggunakan katil dan proses memindahkan pesakit itu berjalan lancar dan selesai tidak sampai 30 minit." Siakapkeli.com.my