Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Datuk Bandar Jadikan Beratus Kanak-Kanak Perempuan Pemuas Nafsu

No Comment

BRAZIL: Perbualan dalam telefon antara dua perogol kanak-kanak mengenai seorang budak perempuan akhirnya membongkarkan kejahatan Datuk Bandar Coari, Adail Pinheiro.

Dia yang selama ini telah menjadikan budak-budak perempuan dalam bandar itu sebagai tempat memuaskan nafsunya.

Wang kerajaan telah disalahgunakan oleh Adail untuk kegaitan aktiviti merogol kanak-kanak yang kebanyakannya adalah berusia antara sembilan hingga 15 tahun. Kini jumlah kanak-kanak yang telah menjadi mangsanya adalah dianggarkan beratus orang.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan diatas kapal atau dalam pesawat dengan membayar kanak-kanak itu sehingga RM3,000.

Menurut laporan, perkara terkutuk itu bukanlah dilakukan olehnya sendirian tetapi dia mempunyai “pekerja” sendiri yang terdiri daripada mereka yang memegang jawapan penting dalam kerajaan, sekolah, badan kehakiman, polis serta tentera.

Pekerjanya akan menunngu di luar pintu pagar sekolah untuk merakam gambar kanak-kanak yang menarik dan kemudiannya gambar-gambar tersebut akan ditunjukkan kepada Adail.

Sekiranya ada kanak-kanak yang disuakainya kemudiannya dia akan menjanjikan hadiah seperti sebuah komputer ataupun telefon bimbit kepada kanak-kanak itu. Manakala ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut pula dipaksa berdiam diri.

Bagaimanapun, pendedahan perbualannya dalam telefon itu, Adain dan lima perkerjanya itu ditangkap pada Januari lalu namun disebabkan pertuduhan rasuah dan dia dikatakan bakal dibebaskan tidak lama lagi.

Walaupun sudah 11 bulan ditangkap, Adail tidak berubah malah penduduk bandar itu berada dalam keadaan ketakutan kerana menerima ancaman jika berani membuka mulut berkenaan aktiviti jenayahnya itu.

Adail juga dikatakan masih melakukan aktiviti itu walaupun berada dalam penjara dengan mengarahkan jenayah tersebuh menerusi telefon.

Sudah 70 siasatan dibuka ke atas Adail namun dia masih bebas angkara pegawai yang terlibat dengan rasuah. ─ Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli