Derby: Van Gaal dan Pellergrini optimis pasukan masing-masing boleh menang
Vaan Gaal Yakin Menang di Etihad
Louis Vaan Gaal yakin Manchester United dibawah bimbingannya mampu menang di Etihad Stadium dalam perlawanan derby atau pun jiran sebelah pada hari ahad ini. United kali ini dilihat lebih bernafas apabila Kapten mereka iaitu Wayne Rooney sudah boleh bermain selepas dilayangkan kad merah dan di gantung 3 perlawanan sebelum ini.
Ketika di tanya mengenai perbezaan antara dua skuad Manchester pada Jumaat, menurutnya,"Saya tidak cemburu pada skuad Manchester City.
"Saya berbangga dengan pemain sendiri dan itu merupakan perkara penting. Apabila mereka bermain secara satu pasukan nanti, kami mempunyai potensi besar untuk menang. Tujuan utama kami adalah memenangi perlawanan itu.
"Apa yang kami dapat lihat pada Manchester City sejak kebelakangan ini adalah sesuatu yang tidak baik. Tetapi ia merupakan senario yang sama pada tahun lalu, Ryan Giggs telah memberi amaran kepada saya."
Pellegrini Dakwa United Sama Seperti Tahun Lalu, Mudah Ditewaskan
KETUA jurulatih Manchester City, Manuel Pellegrini memulakan perang psikologi terhadap musuh setempatnya, Manchester United dengan mendakwa kelab itu tidak berubah walaupun telah membelanjakan sebanyak £151 juta untuk pemain baharu.
Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu yang tewas dalam tiga perlawanan kebelakangan ini mendakwa, United gagal menang ke atas kelab berkenaan pada musim lalu selepas tewas 4-1 di laman sendiri dan 3-0 di Stadium Etihad.
ketika ditanya tentang adakah beliau khuatir tentang kehadiran pemain-pemain hebat di Manchester United seperti Di Maria, Marcos Rojo, Radamel Falcao, Daley Blind, Ander Herrera dan Luke Shaw, Pellegrini memberitahu,"Ia adalah sama sahaja.
"Saya fikir United tidak membawa pemain penting dan mereka masih sama walaupun bermula dengan pengurus baru dan pemain baru. Ia bukan mudah.
"Perkara sama juga berlaku pada saya musim lalu dan saya fikir mereka berada pada situasi sama kali ini." -Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini