Google Didenda US$2000 Setelah Tertangkap Gambar Payudara Wanita
Kanada - Seorang wanita warganegara Kanada telah berjaya menyaman Google kerana menyiarkan gambar 'cleavage'nya di dalam Street View. Menurut wanita itu, Pia Grillo, privasinya telah dicabul - walaupun dia ketika itu berada di tempat awam, sedang duduk hanya beberapa langkah dari rumahnya.
"Selain komen yang berniat jahat dan penghinaan yang terpaksa dihadapinya, plaintif, khususnya, telah mengalami kerugian yang signifikan dari segi kerendahan diri dan maruah," kata Hakim Alain Breault.
Google masih memberi apa-apa respon terhadap keputusan tersebut.
Pada mulanya Grillo meminta sebanyak US$45,000 sebagai ganti rugi, walaupun di dalam gambar Street View tersebut mukanya telah dikaburkan dan dia hanya dikenalpasti dengan menggunakan imej rumah dan keretanya. - Siakapkeli
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini