Foto : Sinar Harian |
MUAR - Kejadian ikan mabuk di Sungai Muar telah berlaku sekali lagi dan kali ini fenomena itu melibatkan jumlah iklan yang lebih banyak jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.
Penjaga Masjid Sultan Ibrahim, Sazali Alwi, 41, berkata dia berjaya mengumpul 30 kilogram ikan gelama setelah dia turut pergi ke sungai berkenaan untuk menangkap ratusan ikan yang terapung sejak tengah hari semalam sejak tengah hari semalam. Menurutnya dia membahagikan ikan tersebut kepada jemaah untuk dibawa pulang.
“Saya berjaya kumpul 30 kilogram ikan gelama diberikan kepada jemaah yang mahu membawa pulang.
“Fenomena kali ini agak luar biasa kerana ikan terapung dan dalam keadaan mabuk dalam jumlah banyak,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Seorang peniaga pula, Izwan Othman, 34 berkata, dia terkejut melihat permukaan sungai memutih dengan timbunan ikan dan dia berjaya mengumpul lebih 15kg ikan.
“Saya terkejut lihat permukaan sungai memutih dengan timbunan ikan timbul dan saya ke kedai beli jaring.
“Saya berjaya kumpul lebih 15 kg ikan yang dijaring bersama lebih 10 orang lain. Suasana kawasan ini meriah seperti pesta menangkap ikan,” katanya.
Kejadian ini berpunca dari perubahan air sungai dan campuran air hujan yang menyebabbkan pelbagai jenis ikan naik ke permukaan di sungai tersebut. - Siakapkeli.com.my