Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak 6 Tahun Parah Dipercayai Dicampak Dari Tingkat Dua

No Comment


SEREMBAN: Sebuah pra sekolah di Taman Tasik Jaya semalam tergempar apabila seorang muridnya berusia 6 tahun telah dicampak oleh murid-murid lain kebawah dari tingkat 2.

Mangsa Adam Fikri telah cedera parah selepas mengalami patah tulang pinggul, patah tangan dan kecederaan kepada dahinya.

Mangsa dalam pejalanan ke bilik guru untuk bertemu ibunya telah bertembung dengan sekumpulan murid Program Pendidikan Khas Integrasi  lalu mengangkat mangsa dan mencampak dia kebawah.

Menurut seorang saksi “Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan dan patah tangan serta kaki kanan.

Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu hanya mampu meraung sebaik sahaja mendapati anaknya itu berada dalam keadaan lemah, namun semasa kejadian mangsa masih dalam keadaan sedar,” katanya.

Lokasi kanak-kanak tersebut jatuh

Mangsa kini sedang di rawat Hospital Tuanku Jaafar dan berada dalam keadaan stabil

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid telah mengesahkan kejadian tersebut dan barjanji menjalan siasatan dengan secepat mungkin. -Siakapkeli.com.my


Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli