Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KBS Lantik Peguam Tekenal Bantu Dato LCW

No Comment


KEMENTERIAN Belia dan Sukan hari ini telah mendapatkan khidmat seorang peguam sukan terkemuka untuk membantu kes yang melibatkan seorang daripada atlet terkenal negara kita yang didakwa positif ujian doping baru-baru ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau telah berhubung dengan Mike Morgan, dengan keputusan ujian sampel B dijangka diketahui hari ini.

"Jika sampel B didapati masih positif dadah, Mike akan menyediakan mitigasi bagi memastikan hukuman minimum terhadap atlet berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu program di anjurkan isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional di Kuala Lumpur hari ini.
 
Morgan adalah salah seorang dari 20 perguan sukan yang paling berpengaruh dan telah merangka peraturan disiplin untuk siasatan anti-doping

Khairy bagaimanapun menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melindungi identiti atlet berkenaan, Sebaliknya beliau sengaja tidak menyebut nama atlit tersebut sekirangnya masih belum terbukti beliau salah kerana menunggu pengumuman rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

"Ujian (sampel B) itu dijalankan semalam. Kami masih menunggu keputusan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Anti-Doping (ADAMS) kerana mereka perlu mengesahkan keputusan itu.

"Selepas BWF mendapat keputusan, mereka akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan keputusan untuk buat sebarang pengumuman berkenaan apa yang telah berlaku. Itu prosedurnya," kata Khairy.

Media tempatan pada Selasa, melaporkan Dato Lee Chong Wei telah berlepas ke Norway malam Isnin bagi menyaksikan sendiri proses membuka botol untuk ujian sampel B di sebuah makmal di negara berkenaan.

Beliau ditemani Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh. - Siakapkeli.com.my
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda? Jom lihat plan ini
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli