Bahang kehangatan final OPPO Piala Malaysia sudah membara di mana hari ini 1 November 2014 pukul 8.45 malam akan bermula sepak mula final piala malaysia antara Pahang bertemu dengan JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil. Stadium nasional tersebut boleh menampung kapasiti 100 ribu orang itu di jangka meriah kerana jualan tiket yang beharga rm40 "Sold Out" bagai pisang panas.
Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunus,Larkin di khabarkan penuh sesak untuk membeli tiket semalam dan di khabarkan ada yang menunggu seawal 6 pagi bagi mengelakkan dari terlepas mendapat tiket..
Suasana di Larkin
Suasana di Pahang tidak kurang hebatnya dimana tiket di jual di Stadium Mini Temerloh yang menyaksikan dalam masa 2 jam 5000 keping tiket habis di jual. Penyokong Pahang mula menunggu di kuanter tiker seawal 2 pagi bagaimana pun ramai yang pulang hampa kerana tiket habis.
Suasana di Stadium Mini Temerloh
Seperti sebelum-sebelum ini pasti ada yang mengambil kesempatan dimana wujudnya ulat tiket yang akan menjual tiket pada harga yang tinggi untung meraih keuntungan secara senang.
Ulat tiket menjual harga sekali ganda lebih tinggi
Pada hari ini,Sudah banyak penyokong Pahang dan JDT sudah mula bertolak dari tempat masing-masing ke Stadium Nasional Bukit Jalil.Ada antara mereka bertolak seawal 6 pagi untuk mengelak kesesakan yang di jangka akan berlaku di jalan-jalan utama mengahala ke Stadium.
Pihak polis telah mengerahkan 3000 anggotanya untuk menjaga keselamatan penyokong-penyokong dan aliran trafik di jalan-jalan menghala ke stadium..
pesanan admin: kepada penyokong-penyokong pandu dengan berhemah dan harapan admin semua berjalan dengan lancar dan selamat.- siakapkeli.com.my