Portal Berita Siakapkeli |
Portal berita dari Malaysia Siakapkeli.com kini telah beralih tangan kepada Gwida Solution, sebuah syarikat yang menyediakan solusi web, pada harga RM72,300.
Dengan pertukaran hak milik kepada satu perniagaan berdaftar Malaysia kini alamat baru portal Siakapkeli ialah www.Siakapkeli.com.my
Selain itu aplikasi android Siakapkeli juga ditamatkan buat sementara waktu sehingga pemberitahuan.
Menurut pengasas Siakapkeli, portal dan page itu dijual kerana beliau kesuntukan masa untuk menguruskan portal tersebut.
Siakapkeli amat berpontensi untuk menjadi sebuah portal terkemuka di Malaysia yang memaparkan pelbagai isu semasa dari luar dan dalam Malaysia. Disebabkan kesuntukan masa kerana menguruskan hal yang lain, ada baiknya jika pihak lain yang boleh menyambung apa yang saya mulakan sebelum reputasi Siakapkeli semakin merosot.
Pihak Gwida Solution pula berkata, mereka mempunyai perancangan baharu untuk Siakapkeli dan mahu menjadikan portal berkenaan setaraf dengan beberapa portal berita rasmi di Malaysia. Kini dengan pemindahaan hak milik diikuti juga dengan pertukaran alamat domain baru yang didaftarkan dibawah Gwida Solution iaitu www.Siakapkeli.com.my
Menurut statistik Alexa.com, portal berkenaan menduduki tangga 253 di Malaysia dan berada di tangga 36,937 pada ranking dunia. Portal berkenaan menjana lebih dari 5 juta 'page views' setiap bulan. Laman Facebook SiakapKeli pula telah berhasil menjana minimum 600,000 'post reach' bagi setiap link yang dikongsi.