KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini akan membatalkan kontrak dengan Perbadanan Fitlot Nasional(NFC) yang menjalankan projek program ternakan lembu fitlot negara.Ini kerana pihak NFC telah gagal untuk menjelaskan hutang kepada kerajaan sebanyak RM250Juta.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata syarikat itu telah gagal untuk menjelaskan pembayaran ansuran pinjaman yang telah tamat pada 9 Jan lepas.
"Kerajaan telah mengemukakan Notis Membaiki Kemungkiran kepada NFCorp pada 5 Mei 2014 dengan tempoh yang diberikan selama 90 hari. Bagaimanapun, NFCorp tetap gagal memenuhi notis kemungkiran tersebut.
"Lanjutan daripada itu, kerajaan mengemukakan Notis Pengisytiharan sekiranya berlaku kemungkiran pada 4 Sept 2014 untuk penamatan perjanjian dan seterusnya akan mengambil tindakan undang-undang," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Khalid meminta Menteri Kewangan memberitahu mengenai status tuntutan semula pinjaman kewangan yang diberikan kepada NFC.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pinjaman tersebut perlu dibayar bermula 2012 sehingga 2028.
"Sehingga 30 Sept 2014, bayaran balik yang dikutip ialah RM34.98 juta bagi ansuran 2012 dan 2013," katanya.
Isu NFC ini tercetus apabila ada ura-ura yang mengatakan duit yang di beri oleh kerajaan kepada NFC itu telah di salah gunakan untuk perkara lain yang berkaitan peribadi dan turut melibatkan keluarga seorang bekas menteri- Siakapkeli.com.my